Sunday, August 10, 2025
Kehidupan: Sejarah Kehidupan
Sejarah Kehidupan
RIWAYAT HIDUP BUBUHAN KELUARGA HAJI TAHIR BIN MATOK BIN SUDAM
SIRI 1 (Keluarga dan Adik-beradik Hj Tahir bin Matuk bin Sudam)
Haji Tahir dilahirkan di Alon Basar Barabai Banjar Indonesia sekitar tahun 1850an dan ayahnya bernama Matuk bin Sudam seorang pemimpin di kampungnya. Hj Tahir anak yang keempat dari kesemua 5 adik-beradik lelaki. Mereka ialah Abdullah, Khalid (Jibang) Abdul Majid, Hj Tahir dan Yusof. Kesemua anak -anak Matuk adalah orang yang baik-baik dan taat beragama.
Anak sulung Matuk Hj Abdullah adalah seorang Tuan guru yang alim yang belajar di Mekah. Diceritakan satu di masa mudanya beliau bermimpi melihat baitullah di Mekah lalu timbul keinginan hendak belajar ke Mekah. Ayahnya Matuk membelanjakan harta untuk membiayai pemergiannya ke Mekah untuk belajar. Setelah beberapa tahun belajar dan setelah memperoleh ilmu yang mencukupi Hj Abdullah balik ke kampung halaman mengajarkan ilmu agama dan menjadi Tuan Guru yang terkenal di Banjar pada masa itu. Tuan guru Haji Abdullah telah berkahwin dan mendapat 5 orang anak iaitulah Hjh Harirah (nenek Habang), Hj Bakri, Hj Arshad Hj Rabiah dan Hj Rais.
Anak kedua Matuk bernama Khalid tingal di Banjar dia dipanggil juga Jibang mempunyai 2 anak iaitu Tarmum dan Hj Sutak yang tinggal di Sapat Indonesia. Cucu-cucu Khalid bin Matuk melalui anaknya Tarmum bin Khalid 4 orang iaitu Hj Mustar, Hj Makmur Hj Raminah dan Ajaninah.
Anak ketiga Matuk adalah Abdul Majid bin Matuk tinggal dan menetap di Banjar mengusahakan kebun getah. Mempunyai 5 anak iaitu Abd Kadir, Diang Kacil, Hj Bustan, Hj Buldan dan Hj Arbi. Cucu kepada Abdul Majid melalui anaknya Abdul Kadir ada 3 orang iaitu Jarman bin Abdul Kadir, Sanaah bt Abd Kadir dan Hj Wawi bin Abd Kadir.
Anak Keempat Matuk adalah Hj Tahir bin Matuk yang merupakan pewaris kuat dan utama bagi keluarga Matuk bin Sudam. Hj Tahir dan adiknya Yusof telah berhijrah ke Malaysia. Yusof telah meninggal di Kurau dan mempunyai seorang anak Hj Muhamad Bukhari. Cucu yusof pula adalah Selamat bin Hj Muhamad Bukhari dan Nasri bin Hj muhamad Bukhari.
Hj Mohd Tahir atau dikenali juga dengan nama Tomanggung adalah pewaris utama bagi keluarga ini khususnya kerana meninggalkan banyak zuriat. Hj Tahir pernah berkahwin sebanyak 8 kali dan mempunyai lebih 18 orang anak sebahagiannyn di Malaysia dan sebahagiannya di Indonesia.